Nasyid

Keluarga-Bahagia

Keluarga bahagia menjadi cita semua
Bapa bertanggungjawab ibu pengasih
Anak-anak taat setia mendengar kata
Berkerjasama bertolong bantu di dalam keluarga

Tuhan di sembah syariat peraturan keluarga
Ada masalah sama-sama menyelesaikannya
Al-Quran As-Sunnah tempat rujukan mereka
Setelah di jumpa sama-sama mengikutnya

Selesailah masalah keluarga tanpa berpanjangan
Kerana sama-sama taat dengan Tuhan-nya
Ada masalah lagi diselesaikan juga
Al-Quran As-Sunnah jugalah tempat rujukan

Berkasih sayang rukun rumah tangga
Kerana Tuhan sama ditakuti dan cintai
Takut dan cintakan Tuhan rahsia kebahagiaan
Iman dan taqwa berkasih sayang kekuatan bersama

Tanpa iman dan taqwa kasih sayang tidakkan ada
Wang dan hartalah punca porak-peranda
Carilah kekayaan bukan untuk dicintai
Tapi untuk berkhidmat sesama manusia

Ia sangat perpecahan rumahtangga berlaku
Kerana Tuhan sudah tidak diambil kira
Masing-masing ikut akal dan nafsunya
Syariat Tuhan diabaikan

Keluarga aman damai punah
Hidup celaka
(Ulang rangkap 3)

Rintihan-Cinta
Aku tahu Engkau Tuhanku
Adalah cinta agung
Aku pun mahu mencintaiMu
Aku tahu mencintaiMu amat perlu

Ia kemuncak daripada
Segala kebahagiaan
Aku berusaha ke arah itu
Tapi cintaku padaMu Tuhan selalu terganggu

Oh banyak yang datang menganggu
Nafsuku dan syaitan terkutuk
Dunia mempersona menggamit selalu
Diwaktu itu lupaku padaMu

CintaMu jauh sekali
Sekali-sekala datang juga
Walaupun sedikit terasa indahnya
Kemudian lupa lagi

Adakalanya lupaku padaMu
Berpanjangan sekali
Kemudian sekali-sekala
Sedar kembali Engkau cinta agung

Engkau patut dicintai selepas itu kulupa lagi
Begitulah cintaku kepadaMu Tuhan
Dengan kelalaian silih berganti
Oh Tuhan

Dengan hati yang sedih ini
Tolonglah aku dengan rahmatMu
Bantulah aku mencintaiMu
Agar cinta yang palsu terbunuh sendiri

Itulah harapanku padaMu


Munajat-poligami
Inginku katakan wahai Tuhan
Bukankah kerana-Mu
Ku berada diatas laluan ini
Hidup berada diantara pergiliran
Nikmat dan ujian

Nikmat melatih rasa syukur
Ujian melatih rasa sabar
Suka dan duka ada batasnya
Gembira diakhirat untuk
selama-lamanya

Harga syurga bukan segunung emas
Tetapi tangisan hati takutkan Allah
(bantulah wahai Tuhan)

Tuhan… kalau bukan kerana-Mu
Untuk apa kulakukan semua ini
Setiap kali ku mengahadap-Mu
Ku ulangkan sumpah dan janji
Hidup dan mati adalah untuk-Mu

Sudilah membantu dalam mujahadahku
Agar ku berjaya menempuhnya
Agar dengannya terbinanya Empayar Islam
Kalau kau mampu menempuhnya
Sungguh kau telah berjaya terhadap nafsumu

Kalau kau mampu berkongsi suamimu
Sungguh benar kau cintakan Allah
[ulang rangkap 3]