Tak Berfaedah ?

August 9, 2009

Tak berfaedah

Harian Metro , Ahad, 09 Ogos 2009

KUALA LUMPUR: “Apa rasionalnya mewujudkan kelab sedemikian (poligami)?” kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, mengenai Kelab Poligami Ikhwan (KPI) yang ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB).

Shahrizat turut mempersoalkan tujuan penubuhan kelab itu kerana berpendapat tiada faedah ia diwujudkan jika hanya untuk mencari nama dan tiada hala tuju positif.

Beliau berkata, penubuhan kelab seperti itu tidak bersesuaian dengan budaya masyarakat negara ini.

“Amalan berpoligami masih kurang diterima dan mengundang pandangan tidak elok dalam masyarakat, lebih-lebih lagi di kalangan wanita berumah tangga.

“Jelas, ia bukan budaya (berpoligami) yang digalakkan dalam masyarakat kita. Jadi, di mana kewajaran kelab ini ditubuhkan? Banyak perkara boleh dipersoalkan mengenainya,” katanya ketika ditemui pada majlis Jalinan Rakyat di sini, kelmarin.

Shahrizat berkata, jika GISB mahu meneruskan penubuhan kelab itu, ia patut mengikut landasan tepat yang selari dengan peraturan negara dan mengikut ajaran Islam.

“Mereka (GISB) perlu tahu batasnya dan ia patut berlandaskan undang-undang dan syariat Islam. Tidak sewajarnya ia ditubuhkan tanpa mengambil kira perkara itu, apatah lagi membabitkan soal agama.

“Tidak dinafikan, Islam membenarkan amalan poligami, tetapi bersyarat. Yang pasti, ia (penubuhan kelab) bakal mengundang pelbagai persepsi dalam masyarakat,” katanya.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom, berkata tidak salah menubuhkan kelab seperti KPI, namun penganjurnya perlu memastikan pelaksanaan poligami wajib menurut lunas Islam.

Katanya, usaha KPI mempelawa pelacur dan ibu tunggal dan anak dara lewat usia melaksanakan poligami juga bukan perkara pokok kerana yang penting ialah pelaksanaan amalan poligami itu perlu betul.

“Poligami tidak salah dalam Islam, tetapi paling penting ialah individu yang mengamalkannya mampu melaksanakannya atau tidak.

“Islam agama yang adil dan keadilan itu perlu ditegakkan bagi setiap individu, khasnya isteri dalam konteks poligami itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata, perkara ini perlu diberi perhatian kerana jika pelaksanaannya salah, keseluruhan agama Islam akan dipandang serong.

“Selain itu, jangan pula berasa bangga diri dengannya (poligami atau penubuhan kelab poligami) kerana ini juga akhirnya akan memburukkan pandangan terhadap Islam.

“Yang penting bukan kelab atau persatuan, tetapi individu yang menyertainya sama ada mampu atau tidak menyesuaikan diri dengan sistem poligami bagi memastikan tidak timbul masalah pada masa depan,” katanya.

9 Responses to “Tak Berfaedah ?”

  1. saya rasa dato seri perlu mengkaji statement datu seri ttg tidak wajar tubuhnya kelab poligami,saya brpndgan kelab ini sebenarnya meringankan tugasan dato seri sbg mnteri pmbngunan wanita dan keluarga.dato Seri perlu tahu bhawa kami rakyat memang mnghadapi brmcm masaalh dlm keluarga,paling kurg kelab ini mnjadi tempat rujukan kami dlm usaha mnyelamatkn ramainya andartu,janda dll,saya tetap mngakugumi kepimpinan dato seri namun dlm hal ini dato seri perlu memikirknnya semula

  2. Daripada Anas r.a. berkata, “Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Di antara tanda qiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus limapuluh orang perempuan.”
    H.R. Bukhari Muslim

  3. Datuk Seri Sharizat yang dihormati,

    Saya dan Datuk Seri adalah bekas pelajar sekolah menengah perempuan yang elit di negara ini. Pendapat yang Datuk kemukakan tentang penubuhan KPI tidaklah memeranjatkan saya dan nampaknya pendapat datuk tentang poligami selari dengan pendapat beberapa ahli (yang aktif & lantang bersuara) dalam emel group bekas murid sekolah kita. Ada ketikanya beberapa ahli begitu melenting bila isu poligami dibawa dalam perbincangan…perkataan “poligami” pun sudah cukup panas hingga ada yang minta dikeluarkan dari emel group.
    Namun begitu, ada juga ahli-ahli yang menjadi silent majoriti, mereka tidak berani bersuara tetapi sebenarnya mereka menyokong amalan poligami.

    Begitulah Datuk Seri, amalan Sunnah Rasulullah sudah begitu terasing dengan masyarakat sekarang.Datuk Seri sebagai seorang Menteri Wanita, seorang pemimpin masyarakat, diharapkan dapatlah lebih bersikap terbuka.

    Saya kenal beberapa rakan sekolah kita, yang sudah hidup berpoligami, tetapi tiada tempat untuk mereka meluahkan perasaan atau tempat rujuk. Dengan adanya KPI ini, adalah saluran untuk mereka mengadu masalah Kalau mengadu pada orang yang tak ada pengalaman, susah juga ye.

    Waktu kita di sekolah dulu pun subjek ‘poligami’ tidak pernah dihighlightkan oleh ustazah atau ustaz kita.

  4. Datuk Seri,
    Dalam membincangkan isu poligami ini marilah kita bermuzakarah dengan hati yang terbuka dan berlapang dada.Pendapat Datuk Seri yang mengatakan penubuhan Kelab ini tiada faedah dan diwujudkan untuk mencari nama dan tiada hala tuju positif amatlah tidak tepat.

    Marilah kita bersama fikirkan dan renungkan dikala masyarakat yang bergelumang dengan berbagai masalah kewanitaan dan kekeluargaan,wanita berusia yang belum berkahwin, keruntuhan moral,akhlak dan sebagainya,kita hanya sering berbincang, berdiskusi dan akhirnya tiada tindakan proaktif yang diambil.

    Penubuhan kelab Poligami ini hendaklah disokong sepenuhnya oleh kita bersama kerana pihak penganjur bukan lagi diperingkat perbincangan malah telah melaksanakan satu solusi kepada permasalahan masyarakat tersebut.

    langkah-langkah sebeginilah yang harus kita puji dan kita ikuti dan Tahniah dari saya kepada pengurusan kelab diatas usaha-usaha anda semua. Role model sebeginilah yang amat kita nantikan dan kita yakin seluruh rakyat malaysia khususnya akan mendapat manfaat dari perjuangan anda semua.

  5. Bantulah KPI membangunkan Sistem Tuhan ini yang sangat menyelamatkan manusia yang sudah sekian lama duduk di dalam kegelapan ciptaan sendiri….

  6. Mana kehebatan Islam? Kalau nak ditonjolkan melalui ekonomi orang bukan Islam masih gagah menguasai Ekonomi. Kalau ditonjolkan melalui kekayaan, orang bukan Islam masih menopoli. Hanya ada satu sahaja, bukan sahaja orang bukan Islam, bahkan orang Islam sendiri pun tak mampu perjuangkan malah ada yang memusuhi termasuk lelaki pulak tu iaitu POLIGAMI. Bukankah hebat orang yang mencetuskan KPI ini. Kini bukan rahsia lagi. Satu masa nanti, orang monogami akan rasa kekok berjalan di tengah masyarakat….Selamat Berjuang KPI.

  7. inilah jadinya jika umat islam sering dimomokkan dengan poligami yang buruk semata2. seperti kita menakutkan anak2 takutkan hantu….begitulah terjadinya pada masyarakat di kala ini…

    teruskan perjuanganmu KPI….

  8. : setuju dgn ani.

  9. “Apa rasionalnya mewujudkan kelab sedemikian (poligami)?” kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, mengenai Kelab Poligami Ikhwan (KPI) yang ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB).

    Berikut adalah RASIONALnya untuk tatapan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
    1. Ia adalah syariat yang diperintah oleh Allah di dalam Al Quran sebagai jalan keluar menangani masalah dan membela andartu, janda dan berlebih jumlah wanita yang mengatasi lelaki.(fakta yang tak boleh dinafikan)
    2. Islam yang diperjuangkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. juga mengamalkan poligami sehingga sebelas(11) isteri.
    3. Poligami adalah amalan orang-orang soleh (da’bussolihin) sedangkan zina adalah amalan orang-orang Tholeh seperti Pelacur dan Pelanggannya.
    4. Poligami adalah proses melahirkan pemimpin yang sejati. Orang yang mendakwa dialah pemimpin yang baik dan boleh berlaku adil, eloklah berpoligami. Kalau sekadar mendabik dada dia pemimpin yang baik belum terbukti.
    5. Poligami menyelamatkan pegangan dan keyakinan (akidah) khususnya wanita yang bergelar isteri. Bagaimana? Cuba lihat realiti kehidupan bagi pasangan monogami. Isteri merasakan suami adalah segala-galanya ( tempat bermanja dan bergantung harapan) membawa syirik tanpa sedar.
    6. Poligami sebagai bukti kasih sayang isteri terhadap suaminya. Kenapa pula? Cuba lihat realiti kehidupan bila isteri diceraikan. apa yang dituntut? Haknya bukan! Ini bererti ia berkahwin kerana mendapat keistimewaan dan kepentingan dari suami. Kalau benar dia cinta suami mengapa berebut hak? Jawab!
    7. Poligami adalah penyelesai segala masalah yang dihadapi oleh wanita/isteri yang selama ini ditutup oleh musuh-musuh Islam supaya wanita memandang jijik terhadap poligami. Bagaimana? (sesi lain akan dijawab).
    8. Poligami memartabatkan maruah wanita kerana zina merosakan maruah wanita.
    9. Poligami membuang sifat ‘queen control’isteri kepada suami yang berpenyakit TB ( Takut Bini). Kalau dibiarkan suami akan dayus tanpa sedar.
    10. Poligami disukai oleh Allah, Nabi dan Rasul sedangkan Zina disukai oleh syaithan dan Iblis dan orang kafir.
    11. Poligami mengimbangi watak dan sifat wanita menjadi lebih stabil dan berkeyakinan diri kerana fikiran dan perasaan tertumpu kepada Tuhan yang maha Agung, bukan suaminya lagi.
    12. Poligami menjadikan wanita/isteri lebih merdeka. Monogami menjadikan wanita/isteri terbelenggu rohnya dengan nafsu sehingga dirosakan tanpa sedar.
    13. Tamsilan poligami lebih membahagiakan. Contohnya. Mana yang anda suka mendengar muzik yang MONO atau STEREO? Masing-masing boleh menjawabnya.
    14. Poligami yang baik melambangkan kehidupan syurga yang penuh kenikmatan kerana didalam syurga pun ada poligami. Tidak ada yang cemburu, merajuk, merungut dan meroyan berebut suami.
    15. Poligami adalah kekuatan umat Islam untuk membina empayar kerana senjata utama musuh untuk menghancurkan umat Islam adalah dengan zina dan pelacuran.
    16. Poligami diperjuangkan oleh orang yang menjadikan Tuhan dan kehidupan Akhirat sebagai matlamat, manakala Monogami diperjuangkan oleh orang yang menjadikan nafsu sebagai Tuhannya.
    17. Poligami melahirkan masyarakat berkasih sayang dan bertolak ansur manakala Monogami melahirkan masyarakat nafsi-nafsi (susah tanggung sendiri, senang didengki). (cuba buat soal selidik kalau tak percaya).

    Saya rasa cukup dengan 17 perkara dan banyak lagi tak mampu disenaraikan. Muga ada menafaatnya.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.