Forum

Guest  

Show or hide header
Welcome Guest, posting in this forum require registration.




Keluarga Poligami Ikhwan » Bicara Poligami » Bicara Poligami » perspektif undang2

Pages: [1]
Author Topic: perspektif undang2
iq_malhakim87
Member
Posts: 6
Post perspektif undang2
on: October 27, 2009, 08:19

bagaimana kelab ini mengikut perspektif undang-undang keluarga islam dan pengiktirafan kelab dan masyarakat??

ibnuthman
Member
Posts: 30
Post Re: perspektif undang2
on: October 28, 2009, 00:57

Quote from iq_malhakim87 on October 27, 2009, 08:19
bagaimana kelab ini mengikut perspektif undang-undang keluarga islam dan pengiktirafan kelab dan masyarakat??

Saya yakin Poligami yang diperjuangkan oleh KPI ini adalah sesuatu yang sangat
berbeza dari poligami yang diamalkan oleh kebanyakan orang Islam yang
lain. Kalau sama untuk apa ditubuhkan, bukankah orang lebih berjaya dalam poligami sepatutnya merekalah yang menubuhkan kelab poligami untuk dikongsi bersama di atas pengalaman mereka mengendalikan poligami. Mengapa tak berlaku?

Ini membuktikan bahawa poligami yang berlaku dalam masyarakat ada kepincangan dan perlu diperbetulkan dengan sesegera mungkin agar fitnah dan pandangan buruk
terhadap poligami dapat dipadamkan. Ini adalah satu perjuangan.

Soal undang-undang kekeluargaan dalam Islam, sudah jelas sepertimana yang digariskan dalam Al Quran. Bukan merujuk kepada undang-undang yang disesuaikan oleh selera manusia seperti mengadakan peraturan, akta, syarat-syarat yang sang menyusahkan daripada memudahkan. Sebab itu tidak mustahil mereka yang ingin berpoligami dibuat secara senyap-senyap, kemudian sanggup didenda untuk melegalkan perkahwinan mereka. Kalau begitu dimana keadilan undang-undang kekeluargaan Islam di negara ini untuk dirujuk?

Begitu juga diminta untuk pengiktirafan daripada masyarakat. Adakah releban soalan itu? Adakah masyarakat mengetahui secara mendalam tentang poligami yang rata-rata menolak? Tidak semestinya yang ditolak oleh masyarakat dikatakan poligami itu salah.

Maka dengan itu, perlu difahami dan dihayati sungguh-sungguh apa kekuatan yang diperjuangkan oleh KPI hingga pendokongnya adalah WANITA memperjuangkan poligami. Bukankah ini satu kepelikan kerana dalam masa yang sama women’s lib berjuang bermati-matian menentang poligami!

Wallahu’alam.

Everythings about Architecture bcoz Architect loves everything & something beautiful and wonderful…Anybody loves donation? come and join with us at http://www.jomderma.wordpress.com

ddlj50
Member
Posts: 1
Post Re: perspektif undang2
on: February 10, 2010, 14:35

i am really sorry i really do not know what you guys are talking about. i know english, so can you guys direct me to some one who speaks english or if i could translate this website to english.
also how does this club help me find a good wife.

Pages: [1]
WP-Forum by: Fredrik Fahlstad, Version: 2.3
Page loaded in: 0.022 seconds.
>