Keluarga Poligami Ikhwan
Salahkah Allah Benarkan Poligami?
Salahkah Allah Benarkan Poligami?
Benarkah Yahudi Kerana Menaja Pelacuran?
Memang lelaki mempunyai keinginan kepada lebih dari seorang wanita, tabiatnya memang demikian. Hebatnya Tuhan Pencipta melakukan penciptaan seagung itu hingga terpaksalah musuh-musuhnya, Yahudi dan Nasrani menganjurkan dan menghalalkan pelacuran dan perzinaan. Sibuklah dan teruklah Women’s Lib menentang poligami dari Tuhan.
Salahkah Tuhan? Apa faedahnya poligami? Relevankah ia dan kenapa wanita diseksa?
Poligami memaksa lelaki mampu berdepan dengan nafsu atau emosi atau cinta dunia wanita. Jika tidak, dia bagaikan terpenjara di neraka rumahnya.
Poligami meminta lelaki bertanggungjawab mengadili semua wanita-wanita yang jadi isterinya. Bagaimana lelaki dapat memenuhi segala keperluan dan keinginan asasi bagi anak-anak dan isteri-isteri adalah suatu kesusahan yang amat sukar bagi mereka.
Tuhan sebenarnya mencabar dan menyakiti lelaki bila dibuatkan berkeinginan dengan lebih dari satu wanita, tapi terpaksa melepasi sesuatu yg mustahil boleh dilaksanakan. Terhinalah mereka jika terpaksa melakukannya di dalam keadaan tidak menepati syarat rukun yang Tuhan tetapkan. Siapa kata suami syok dengan poligami? Bahkan ia lebih menyakitkan dan membebankan daripada apa yang ditanggung oleh wanita. Namun emosi lelaki tidak sedahsyat emosi wanita. Maka perasaan-perasaan sakitnya disembunyikan sedangkan perempuan bising dan riuh-rendah satu dunia. Kalau betullah poligami itu tidak menyakiti lelaki, mengapa hampir semua presiden dan pemimpin-pemimpin di dunia hanya ‘main-main belakang’. Sebenarnya sungguh memalukan, bilamana ramai pemimpin dunia tidak selesai dengan isteri, kalah hanya oleh seorang wanita. Kalau ada empat isteri, habislah kena ratah. Padahal Allah mencabar lelaki seolah-olah dengan berkata: “Engkau kalau tiada masalah, kahwinlah 2 atau 3 atau 4. Tapi kalau ada masalah, cukuplah seorang. Walhal satu isteri pun engkau tak mampu terhadap makhluk yang lemah itu. Engkau ini betul ke pemimpin?”
Kalau saya jadi lelaki, saya akan jawab begini, “Tuhan, kalau begitu, sepatutnya saya tidak boleh kahwin. Tapi naluri saya mewajibkan saya kahwin. Saya mengaku kalah dan saya mahu tanya, apakah jalan keluar untuk saya dan kaum lelaki?
Dibuatkan juga lelaki itu suka anak ramai. Wibawanya seorang ayah dapat lahirkan seramai-ramainya yang semuanya ‘menjadi’ (berwibawa). Tapi kebanyakan anak-anak hari ini jadi musuh kepada emak ayahnya. Tidak pandainya lelaki menyelamatkan anak-anak cukuplah menakutkan bilamana ada peperangan dalam rumah tangga. Lelaki, hebatnya hanya masalahnya tidak sampai diketahui umum tapi hakikatnya mereka lebih bermasalah dari perempuan atau merekalah sebenarnya jadi punca masalah kepada keluarga, masyarakat dan negara. Mereka kehilangan punca atau sumber mendapatkan formula atau jalan keluar untuk selesaikan masalah. Ini disebabkan mereka sudah kehilangan Tuhan. Tuhan sudah tidak ditemui, hilang oleh tipu-daya Yahudi.
Lelaki jahat sebenarnya lebih jahat dari perempuan paling jahat. Ini kerana perempuan umumnya jahat kerana terikut-ikutkan nafsu, bukan dirancang sangat. Kalau rancang pun, tidaklah berstrategi sangat. Sedangkan lelaki kalau jahat adalah bersistem, terancang dan besar-besaran. Ini kerana dirinya tidak terlalu emosional dan mampu kawal diri, lalu sempatlah menyusun gerakan dan strategi untuk mencapai sasaran. Tingginya emosi wanita membuatkan mereka selalu terlajak, menyesal kemudian. Ertinya lelaki lebih teruk nasibnya dari wanita, lebih dipersalahkan dari wanita. Lelaki lebih sukar melaksanakan tugas-tugas dan beban-beban dibanding wanita dengan peranannya.
Kata wanita, mereka hendak menuntut hak-hak mereka. Tahukah mereka kaum wanita, bahawa lelaki lebih patut menuntut hak-hak mereka dari kaum wanita. Mereka sebenarnya lebih kehilngan hak, contohnya:
Mereka terpaksa ikut kata isteri. Kata-kata mereka dipendamkan saja. Ini kerana wanita amat mendesak, mengasak, mengungkit, mengadu-ngadu, membuka aib dan rahsia serta mencanangkan kepada dunia perihal emosi mereka yang terancam. Umumnya lelaki akan mengalah. Tapi, kalaulah ada lelaki jahat yang lepaskan betul geramnya, maka perempuan pun lebih-lebih lagilah melenting-lenting lepaskan geram, tunjukkan perasaan perempuannya dan senang-senang minta cerai bagaikan suaminya tidak pernah berguna apa-apa kepadanya.
Bila lelaki buat juga poligami, merekalah yang jadi kutukan. Perempuan lebih menerima simpati. Lelaki tiada siapa yang simpati walhal penderitaan lelaki tidak dibenarkan berpoligami, siapa pun tidak pernah tanya.
Jangan kata Tuhan tidak adil. Jangan kata pelacuran lebih baik dari poligami. Adilnya Allah jadikan suami pemimpin, wanita hanya pengikut. Suami lebih terseksa sebenarnya tapi perempuan yang lebih mengaku terseksa. Menjadi pengikut pun tidak mampu, betulkah mampu menjadi pemimpin?
Allah adil datangkan Nabi buat contoh poligami yang indah dan harmoni. Untuk zaman ini lihatlah poligami Abuya Ashaari yang begitu hebat dan harmoni. Di Malaysia ini tidak payah bahas lagi poigami “ok ke tak?”. Pergilah ke Rawang, lihatlah bagaimana realiti poligami yang harmoni dan itulah yg dimaksudkan oleh Allah dan Rasul. Jangan tertipu oleh Yahudi yang menghina lelaki dan wanita oleh perzinaan, lebih-lebih lagi jangan terpedaya oleh poligami palsu yang dibuat hanya kerana tuntutan biologi lelaki, walhal Allah menyertakan pakej yang cukup baik untuk poligami.
Wahai saudara se-Islam, Allah dan Rasul terlalu sayangkan kita, masakan kita dibiarkan saja meneruskan kemelut ini. Yakinlah.
Poligami Menjana Kemakmuran Keluarga
Poligami Menjana Kemakmuran Keluarga
Apa kata ahli KPI
Oleh: Fakhrur Razi Asaari
Apabila orang bertanya berapa jumlah isteri dan anak saya, umumnya mereka terkejut dengan jawaban saya. Empat isteri dan 23 anak? Macamana nak bagi makan? Itu respon spontan yang saya rasa wajar dipertanyakan.
Kalau saya bimbang tentang nafkah keluarga ini, mungkin nak kahwin satu pun saya tak berani. Tapi saya nak cerita apa yang sebenarnya berlaku dalam keluarga saya.
1. Saya berpoligami dengan niat kerana Allah dan cita-cita nak buktikan cinta pada Allah dan Rasul. Dari kecil-kecil lagi saya dengar orang mengata poligami itu zalim, punca huru-hara keluarga, dan lain-lain lagi perkara negatif. Atas didikan ayah saya, kenyataan itu saya tak boleh terima. Takkanlah Allah buat syariat yang salah? Takkanlah Rasulullah itu suami yang zalim. Lebih-lebih lagi bila ayah saya berpoligami, saya tak nampak pun sesiapa yang dizalimi oleh sistem poligami ini.
2. Bila saya berkahwin maka saya pastikan semua isteri saya punya cita-cita yang sama dengan saya. Sebab itu saya tak pilih sendiri dan tak bercinta sebelum kahwin, sebab saya tak nak ada kepentingan nafsu selain cita-cita itu. Saya serah pilihan itu pada ayah dan dia yang buat tapisan apakah calon isteri saya bersetuju dengan syarat tersebut.
3. Apabila cita-cita sama maka cara berfikir, berperasaan dan bertindak mudah diselaraskan. Di antaranya, kami semua menerima konsep dan pelaksanaan bahwa bukan suami sahaja boleh dikongsi, tapi kasih sayang,  harta, kemakmuran, anak-anak, tanggungjawab, masalah dll itu boleh dan mesti dikongsi dalam rumahtangga kami.
4. Bila isteri-isteri dan anak-anak boleh diatur maka suami akan dapat beberapa orang yang taat setia dalam semua perkara, termasuklah dalam perniagaan. Ketika saya buat syarikat berupa kilang maka dari rumah saya sahaja sudah ada sekurang-kurangnya 4 orang pengurus yang saya percaya dan setia dengan saya. Ada pengurus: produksi, marketing, pentadbiran/kewangan, dan kebajikan. Suami menjadi pengarah syarikat yang memantau keseluruhan perjalanan syarikat itu khususnya perkara insaniah atau modal insan (human resources), penyelarasan, pengembangan dan menangani masalah-masalah yang tak dapat diselesaikan oleh pengurus, dll.
5. Anak-anak yang besar otomatik menjadi pekerja-pekerja yang taat dan bersungguh-sungguh. Kalau mereka buat salah, saya dapat menegur dan membetulkan kesalahannya tanpa perlu saya bimbang dia akan lari dari saya bekerja di tempat lain, sebab mereka tahu saya sayangkan mereka dan sebaliknya.
Saya hanya mengambil pekerja-pekerja dari luar rumah yang mana perlu sahaja, samada kerana tak cukup atau kerana perlukan kemahiran tertentu yang belum dikuasai oleh ahli keluarga sendiri. Begitupun saya layan mereka seperti anak-anak sendiri.
6. Dengan cara ini banyak penjimatan dalam syarikat. Tak perlu bayar gaji dan elaun yang mahal sebab kami boleh berkongsi rumah, kereta dan lain-lain. Kami bekerja sebagai sebuah keluarga, bukan sebagai majikan dan buruh. Keuntungan, kemakmuran dikongsi bersama. Begitu juga bila ada masalah diselesaikan bersama.
7. Walaubagaimanapun setiap orang akan mendapat habuan sesuai dengan kerajinan, kreatifiti dan kekuatan bergantung dan meminta kepada Tuhan. Perkongsian yang wajib dipersetujui oleh semua pihak adalah pada keperluan yang asas, yang semua orang memang tak boleh elak kena dapatkannya, seperti makan-minum, tempat tinggal, kenderaan, dll. Sedangkan yang bersifat keselesaan dan kemewahan adalah bergantung kepada kemampuan, peranan, tugasan dan kejayaan masing-masing dalam mendapatkan bantuan Allah dalam usahanya. Sebab itulah, saya menggalakkan ahli keluarga saya berlumba-lumba dalam membuat kebaikan dan kemajuan. Yakin bahwa Allah pasti akan membantu hamba-hamba-Nya yang bekerja dan berjuang untuk-Nya. Maka tak hairanlah kalau ada anak saya yang memiliki kereta sendiri, begitu juga isteri-isteri saya, ada yang punya kereta dan rumah sendiri selain kereta dan rumah saya yang boleh dikongsi oleh semua.
8. Hasil dari kerjasama ini, keluarga saya dari masa ke semasa bertambah makmur. Anak-anak pula jadi pandai berdikari. Anak-anak yang sudah berumahtangga buat juga perkara yang sama dalam keluarganya. Akhirnya, kami memiliki syarikat keluarga yang makin lama makin besar dan makmur. Poligami bila dilaksanakan dengan cara Allah dan Rasul benar-benar dapat menjana kemakmuran keluarga.
Mengapa Berpoligami
MENGAPA BERPOLIGAMI
Praktikal poligami dalam Islam disandarkan kepada nas Al Quran dan Sunnah, diantaranya seperti yang terkandung dalam surah An Nisa’ ayat 3 yang bermaksud:
“Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga dan empat, tetapi jika kamu khuatir tidak dapat berlaku adil maka kahwinilah satu sahaja”
Berdasarkan ayat di atas, dapat disimpulkan bahawa Tuhan membuat tawaran kepada kaum lelaki agar mengahwini wanita-wanita sebanyak dua atau tiga atau empat. Pilihan pertama ialah dua. Pilihan kedua ialah 3. Pilihan ketiga ialah 4. Namun Allah berkata, jika kamu bermasalah dalam melakukan keadilan, maka pilihan akhir untuk kamu, selemah-lemahnya pilihan ialah beristeri 1.
Ayat ini sama kedudukannya seperti hadis berikut:
“Barang siapa yang melihat kemungkaran maka cegahlah ia dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu maka cegahlah dengan lisan dan jika kamu tidak mampu, cegahlah dengan hati. Itulah selemah-lemah iman.”
Nas-nas di atas tadi bermaksud bahawa Tuhan memberi pilihan kepada manusia dalam melaksanakan tuntutan syariatnya, diberi kelonggaran dalam mengamalkannya mengikut tahap keimanan masing-masing.
Contohnya seorang guru berkata kepada murid-muridnya:
“Wahai murid-murid sekalian, agar kamu pandai dalam ilmu matematik ini, maka selesaikanlah dua soalan yang saya berikan ini. Lebih baik lagi kalau kamu boleh selesaikan tiga. Tapi kalau kamu tidak mampu maka selesaikan satu saja”
Dari sini kita dapat mengambil kesimpulan bahawa sebenarnya poligami adalah prioriti(keutamaan) dan monogami hanya alternatifnya. Buktinya, di zaman Rasulullah, para Sahabat, salafussoleh dan sekitar 700 tahun selepasnya, majoriti umat menjadikan poligami sebagai tradisi.
Tetapi di zaman ini poligami sangat dipinggirkan, malah sampai dimusuhi dan di takut-takutkan. Dilihat dalam masyarakat hari ini, kaum lelaki pun sangat sedikit yang  bahagia dengan poligami. Mereka terpaksa mengambil risiko tinggi  kerana praktik poligami. n
Mengapa ini terjadi? Di dunia hari ini belum ada lagi pemimpin yang adil. Lelaki yang adil sudah jarang sekali. Kebanyakan lelaki hanya mampu beristeri satu. Bahkan  yang satu itupun dia tidak mampu berlaku adil seperti yang diharapkan. Oleh sebab itu tidak hairanlah kalau rumah tangga monogami pun banyak yang retak dan kacau bilau apalagilah yang berpoligami.
Tetapi mari lihat dengan mata hati tanpa rasa hasad dengki dan berprasangka buruk, bagaimana jika suatu keluarga contoh dapat diwujudkan melalui poligami, maka itulah yang dinamakan syurga dunia. Di dalam sebuah keluarga besar, ayah sebagai ketua keluarga berperanan sebagai pemimpin, manakala empat orang ibu mempunyai peranan masing-masing dalam rumah tangga tersebut. Ada yang berperanan mendidik anak-anak, mengatur urusan rumah tangga, melayani tetamu, menjaga hubungan dengan masyarakat, menjaga disiplin ibadah, menjaga kebersihan, mengurus kewangan rumah tangga, mengurus makan minum dan lain-lain. Anak-anak yang banyak akan terpimpin dan terdidik serta mendapat kasih sayang sepenuhnya dari 4 orang ibunya.
Gabungan dari kesemua inilah yang akan menghasilkan sebuah keluarga besar yang  dapat menjadi role model. Suasana ini juga akan menjadi arena  latihan kepimpinan secara natural bukan saja untuk suami, tetapi juga untuk isteri-isteri dan anak-anak. Ini akan menjadikan poligami sebagai projek besar untuk menghasilkan sebuah masyarakat madani dan empayar Islam.
Tetapi mengapa kehebatan poligami di sudut ini tidak dibesarkan? Mengapa yang dibesar-besarkan hanya contoh-contoh yang gagal? Mengapa yang dibesar-besarkan hanya soal sakitnya nafsu perempuan? Malah berbagai usaha dibuat untuk menentangnya. Sebenarnya semenjak kejatuhan empayar Islam 700 tahun yang lalu, Barat memperkenalkan satu perjuangan kaum wanita menuntut hak-hak peribadi mereka. Itulah women’s liberation atau hak asasi wanita. Diantara yang paling ditentang ialah poligami. Hingga kini gerakan itu sangat berjaya. Semua wanita begitu ‘berkuasa’ tanpa mempedulikan lagi peraturan Tuhan terhadap mereka. Lelaki pun ikut dalam berjuang menentang poligami kerana tunduk kepada wanita.
Hari ini siapa berpoligami dianggap asing, jijik dan kolot. Seolah-olah poligami tidak ada dalam Islam atau suatu praktik yang terpinggir. Padahal sebenarnya sistem keluarga besar ini adalah suatu kekuatan dalam masyarakat dan negara Islam. Mempraktikkannya dengan baik dan berjaya adalah suatu kehebatan, kedaulatan dan kekuasaan. Musuh-musuh Islam sangat mengetahui hal ini. Sebab itu mereka sangat memperjuangkan agar poligami berkubur.
Marilah kita lihat bagaimana berjayanya Rasulullah dalam berpoligami. Baginda dapat memimpin sebelas orang isteri yang terdiri dari wanita-wanita dari latar belakang yang berbeza-beza, dari etnik atau kabilah yang berbeza-beza, tapi mereka semua tunduk patuh bahkan sangat mendukung perjuangan Rasulullah. Oleh sebab itu kabilah-kabilah Arab akhirnya tunduk dibawah kepimpinan Rasulullah. Seolah-olah orang-orang Arab jahiliah yang terkenal ganas dan panas itu berkata,
’’ Ya Muhammad, kalau beginilah kemampuanmu, dapat menjinakkan 11 wanita, sedangkan aku dengan satu isteri pun susah membuatnya jadi taat, maka engkau memang pemimpin yang hebat. Kami menyerah diri untuk berada dalam kepimpinan dan pemerintahanmu’’
Sebenarnya kalau kita benar-benar jujur dan ikhlas dalam menerima poligami secara Islam kita akan melihat kesempurnaan dan manfaatnya. Manfaat poligami sebenarnya bukan hanya untuk suami tetapi untuk isteri-isteri, anak-anak dan umat manusia seluruhnya. Kalau kita dapat mempraktikkan poligami ini benar-benar mengikut kehendak Tuhan, maka kita akan memiliki satu kekuatan di dunia ini yang orang lain tidak mampu lakukan. Sebab dalam poligami terkumpul kekuatan super power, antaranya:
Kekuatan taqwa
Pengamal-pengamal poligami baik suami, isteri mahupun anak-anak mestilah mengusahakan taqwa kalau mahu keluarga itu bahagia. Iman dan taqwa saja yang boleh mengawal keluarga itu dari segala masalah. Cinta kepada Tuhan akan mendorong setiap anggota keluarga berbuat baik satu sama lain. Takut kepada Tuhan dapat mengawal manusia dari segala kejahatan.
Kekuatan perpaduan
Jika keluarga poligami itu dibangunkan atas dasar cinta dan takut Tuhan maka dengan sendirinya satu sama lain akan bersatu padu. Tidak ada perebutan hal duniawi seperti harta, giliran, kasih sayang suami dan lain-lain, kerana semua anggota keluarga sibuk mengejar cinta dan kasih sayang Tuhan.
Kekuatan keselarasan
Jika hati sudah bersatu maka cara berfikir, cara berperasaan dan cara berbuat akan selaras. Semua anggota keluarga akan berusaha menjadikan keluarga itu bahagia, menjadi role model, menjadi syurga dunia sebelum syurga di Akhirat sana. Hukama ada mengatakan,
’’Kalau di dunia kamu tidak dapat menjadikan keluargamu bahagia bagai syurga, jangan harap kamu akan mencium bau syurga di Akhirat’’
Kekuatan ekonomi atau wang
Keluarga besar yang bersatu padu, bekerja sama dan bergotong royong adalah aset untuk membentuk sebuah family company yang berjaya. Kenyataan di dunia sekarang ini pun menunjukkan bahawa hartawan-hartawan  umumnya adalah dari family company yang berjaya. Bahkan pemimpin-pemimpin negara yang berjaya memimpin keluarganya dapat melagangkan kepimpinannya, kekuasaan dan hartanya hingga turun temurun. Ini menunjukkan bahawa keluarga besar yang berjaya itu adalah aset ekonomi yang besar. Dan poligami adalah cara yang cepat dan tepat untuk membesarkan keluarga secara ’’gentleman’’ dan bertanggungjawab.
Begitulah hhuraian ringkas tentang konsep poligami berdasarkan nas yang Allah sebut dalam Al Quran. Kalau difahami dan dihayati dengan hati yang bersih sebenarnya tidak perlu ada pro dan kontra. Poligami seperti juga ibadah yang lain seperti solat, zakat, puasa, haji, ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan lain-lain adalah suatu yang wajar bahkan keperluan bagi umat Islam. Bahkan kalau dilakukan dengan tepat dapat menjadi kekuatan yang besar untuk mewujudkan negara bahkan empayar Islam yang ’’baldatun toyyibatun wa rabbun ghafur’’ yang diidamkan oleh semua manusia.
Sisterhood of Wives
Sisterhood of Wives
Sonia Ramachandran and Chandra Devi Renganayar
2009/09/20
KUALA LUMPUR: All Muslim women should open their hearts to polygamous marriages.
Ikhwan Polygamy Club spokesperson Hatijah Aam said this was because a woman had nine nafsu (internal desires) and one intellect whereas men had nine intellect and only one nafsu.
“When women are upset, they make a lot of noise, but men don’t. The emotional nature of women makes them broadcast their problems. They rant and rave.
“Because this is their character, God allowed polygamy to challenge women to control their desires,” said Hatijah, the second wife of Ashaari Muhammad, the founder of the controversial and now-defunct Al-Arqam movement.
“When the husband hurts them by taking another wife, their nafsu are challenged and curbed, and this makes them better people.
“A woman when left to her desires becomes very dangerous like a tiger. In fact, even fiercer than that. If the world is left to women, we will be open to continuous war.
”  The Al-Arqam movement was declared illegal by the National Fatwa Council in August 1994 after the group’s teachings and beliefs were found to be against Islam. At its height, the movement had 10,000 members.
Polygamy, said Hatijah, would ensure that women were not controlled by their nafsu.
“When I feel sad that my husband is with another wife, he (my husband) will remind me that the pain God bestows upon us is a way to eradicate our sins.  “The husband is the leader who saves women from being consumed by their desires. There is a verse in the Quran which says that if the nafsu are not controlled, then ‘nafsu itu akan menjadi Tuhan’ (the desires will become God).
“Polygamy is the most practical approach, an effective cure to a woman’s desire.
“Hatijah said women in monogamous marriages were not challenged and that was dangerous as their nafsu could then control them.
“Why see only the negative in polygamous marriages? We can share a life as sisters. It is the nafsu that do not allow us to share and that is why men are there to suppress it.
“A polygamous marriage is actually beneficial.
“We can help each other with many chores including looking after the husband and children. The other wives come into our life to complement it.
“Hatijah said one of the reasons the Ikhwan Polygamy Club was established was because Ashaari wanted to show the world he was living proof that polygamous marriages could be successful.  Ashaari has 38 children, eight of them with Hatijah. Twenty-three of the children are in polygamous marriages.
“Having been in a successful polygamous marriage for 30 years, Abuya (Ashaari) wanted to show that it could be a harmonious way of life.
“We also wanted to shock society. We wanted to show them there is an alternative for those who practise free sex. There are men who need more than one woman.”
She said some monogamous marriages were failures as the men cheated on their wives.
“They are leading life as in the Jahiliah era (age of pagan ignorance preceding Islam) when men had many mistresses without any responsibilities.”
The idea of the club was mooted in August and was launched in Sungai Petani, Kedah.
Hatijah said the club’s activities included counselling, courses and organising weddings for polygamous marriages.
“One of the first activities we will carry out is counselling. We will have one set of lectures explaining practical steps towards a harmonious polygamous marriage.
“We have 40 men and women motivational counsellors to conduct this. We will also organise courses every weekend.
“Training towards a harmonious polygamous marriage is more difficult than training to become a doctor.”When there is a problem in a polygamous marriage, the issue will be taken to the board of advisers which comprise the highest ranking officers in the club.
Five men and five women sit on the board. They include Hatijah and Ashaari.
“Here we will have meetings to decide the outcome of the marriage and whether there should be a divorce or not. Divorce is allowed by God.”
About 300 families comprising some 900 individuals are members of the club.
Some of the families are from Singapore, Thailand, Indonesia, Australia, Jordan and Syria.
They are all part of the Global Ikhwan Sdn Bhd group, a business entity which has over 10,000 members. Businesses under Global Ikhwan include bakeries, sundry shops and restaurants.
Ashaari helms the group which funds the activities of his followers.
Who is the club open to?
“All individuals who practise the Islamic way of life. We have had many enquiries about the club, including from some Datuks in polygamous marriages.”
Asked if she had been criticised for starting such a club, Hatijah said: “There has been no backlash at all, just a lot of support.
“I think I receive this support because people see polygamy as a solution and a way out of adultery.”
The club has a theme song entitled Keluarga Role Model.
Hatijah said the club would ensure that men who married more than one woman were able to sustain their marriages.
“The men do not choose the wives they marry. Instead, Abuya decides who the men should marry and they rarely refuse.
“Only men who Abuya believes have leadership qualities and who can manage a polygamous lifestyle are chosen.”
Asked whether she had ever regretted entering into a polygamous marriage, Hatijah said: “I have been declared founder of this club with my husband.
“There is no way I regret entering this marriage.
“Of course, in the 30 years that I have been married there were times I wished out of this life.
“I asked God for a way out but now after 30 years, I am reaping the benefits and I can say that polygamy is beautiful.”
Hatijah said for a man to be just and fair he has to teach his wife that her first love must always be God.
“If you can’t teach your wife to love God, marry only one.
“If a man wants to give more to one wife, he will be prevented from doing so because of his love for God. God says that if you love one wife more, you cannot show it.”
Asked whether her mother was in a polygamous marriage, Hatijah said: “No, during my mother’s time, there was not much emphasis on religion. My mother now accepts my way of life.
“As for her controversial move to call on prostitutes to join the club, Hatijah said Ashaari wanted to “save everyone”.
“If I was a prostitute, what would my life be like? People can talk, but what is the way out for them?
“Who says polygamy is oppressive? It is the way out. They can become a wife and be protected legally. In fact we are going to start with five women with HIV soon. We will place them in a shelter.
“We will counsel them, treat them medically and teach them the Islamic way of life.  “When they are back on the right path, we will advise them to get married and assist them in every way.
“She said wives whose husbands wanted to take another wife should know that their husbands still loved them.
“They should realise how much it hurts their husbands when they (the wives) ask for a divorce. They should realise they are losing a man who loves them.”
Pendapat berbeza
Pendapat Berbeza
Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my
KPI dibangunkan dengan matlamat ‘menyuburkan’ amalan poligami di kalangan umat Islam itu nyata mendapat perhatian serius NGO yang menyokong dan menentangnya atas alasan tertentu demi masyarakat.
Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Belaian Kasih, Siti Noridah Dallah, berkata KPI tidak perlu ada sekiranya berniat membantu golongan lemah berikutan akan mengundang banyak masalah berbanding kebaikan.
Katanya, penerimaan masyarakat yang masih menolak poligami sekali gus menjadikan kewujudan kelab itu hanya sia-sia dan tidak mendatangkan faedah baik kepada wanita belum berkahwin mahupun ibu tunggal.
“Saya berpendapat lebih banyak masalah daripada kebaikannya kerana bukan semua wanita sukakan poligami dan jika adapun hanya segelintir yang benar-benar faham…itupun berapa kerat saja mungkin di kalangan ahli KPI saja.
“Kalau betul mahu membantu golongan lemah termasuk pelacur atau ibu tunggal ini, banyak lagi cara lain mengikut nas al-Quran…(dan) kita ada majlis agama Islam, tidak perlu kelab sebegini,” katanya, semalam.
Metro Ahad semalam melaporkan Penasihat KPI, Hatijah Aam, 54, yang juga isteri kedua pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad menubuhkan kelab itu sebagai usaha memperbetulkan kepincangan masyarakat dan memperjuangkan poligami yang indah serta halal.
Golongan sasarannya termasuklah pelacur, ibu tunggal dan anak dara lewat usia dengan poligami dianggap antara jalan keluar golongan terbabit kembali ke pangkal jalan dan menjalani kehidupan lebih baik.
Bagi Pensyarah Kuliah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa, Yusri Mohamad, terdapat keperluan untuk menjernihkan imej poligami yang ketika ini dipandang negatif masyarakat kerana bukan semuanya berakhir dengan masalah.
Justeru, katanya tindakan menubuhkan KPI dilihat tidak mengundang perlakuan buruk sebaliknya masyarakat perlu berhati-hati dan perlu menilai kewajaran mengikuti kelab itu secara mendalam.
“Secara umum tidak salah (tubuh KPI) tapi kelab ini masih baru lagi…bukan kelab tidak baik, ia macam kelab sokongan jugalah…tapi kena berhati-hati sikit,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam (MPWIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Prof Madya Datin Dr Noor Aziah Mohd Awal, melahirkan rasa terharu kerana ada wanita yang sangat luhur hati ikhlas seperti isteri Nabi Muhammad SAW yang berpoligami.
Bukan mudah terima madu
Bukan mudah terima madu
Harian Metro , Ahad, 09 Ogos 2009
“Saya yakin pada janji Tuhan bahawa jika kita taat dan melakukan kebaikan, ganjarannya juga baik, sama ada di dunia atau akhirat,” kata Norlia Ahmad, isteri pertama Fakhrurrazi Ashaari, 48, yang memiliki tiga isteri.
Norlia, 45, juga mengaku pada mulanya bukan mudah untuk dia menerima madu, lebih-lebih lagi wanita itu teman sepejabatnya.
“Apabila suami memaklumkan dia bakal berkahwin buat kali kedua dengan rakan sepejabat saya, saya terkejut tapi cuba menerima perkhabaran itu dengan dada yang lapang.
“Saya dan madu memang rapat di pejabat. Saya kemudian memberi sedikit penerangan berkaitan suami serta perkara berkaitannya sebagai tips kepada bakal madu,” katanya yang mempunyai sembilan anak hasil perkongsian hidup dengan Fakhrurrazi yang juga anak sulung pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad.
Bagi isteri ketiga Fakhrurrazi, Latifah Abdul Kahar, 42, semuanya bermula apabila dia bertugas di pejabat GISB di Indonesia.
“Saya tidak pernah kenal Fakhrurrazi secara peribadi, tetapi menerima jodoh itu dengan hati terbuka kerana Allah SWT dan yakin pasti ada balasan baik sebagai ganjaran daripada-Nya.
“Kini saya gembira dapat bersama dua lagi madu menguruskan rumah tangga, tugas di pejabat, anak dan semua yang ada di sekeliling kami.
“Saya dan madu kini rapat dan terasa seperti kehilangan apabila seorang daripada kami tiada di sisi,” katanya.
Sementara itu, Fakhrurrazi yang juga Timbalan Pengerusi Eksekutif GISB serta Penasihat Kelab Poligami Ikhwan (KPI) berkata, mustahil tiada masalah berlaku dalam hubungan suami isteri serta antara madunya.
“Pasti berlaku perkara kurang manis, tetapi kami menggunakan pendekatan dalam al-Quran dan sunnah iaitu berbincang serta memohon petunjuk daripada Allah SWT.
“Syukur semua masalah, daripada yang kecil hingga besar, mampu kami selesaikan dengan penuh berhemah, malah ia menjadi tali penguat antara saya serta isteri, selain hubungan mereka sebagai madu,” katanya yang memiliki 23 anak.
Fakhrurrazi berkata, jodoh dengan semua isterinya bukan dicari sendiri, tetapi dipilih secara peribadi oleh bapanya.
Perkara sama juga berlaku kepada adik beradiknya yang lain serta anggota GISB, malah tidak boleh berpoligami secara suka-suka kerana semua ditentukan Ashaari yang dibantu jawatankuasa pengawasan serta pemantauan.
Adik Fakhrurrazi, Mohd Nizamuddin Ashaari, 47, yang juga pengarah KPI turut beristeri empat. Beliau mempunyai 23 anak, tiga menantu dan seorang cucu.
Bagaimanapun, pergerakannya terbatas kerana berdepan masalah berkaitan jantung, kesan daripada kejadian kemalangan di Makkah pada 2002 yang turut menyebabkan ibunya meninggal dunia.
Isteri ketiga Mohd Nizamuddin, Nor Sakinah Rahmanuddin, 43, berkata dalam keadaan suami sakit, mereka bergilir-bergilir menjaganya.
“Selepas berpuluh tahun hidup bersama, kami tahu tanggungjawab kami. Bukan saja suami, anak turut dijaga bersama,” katanya.
Menurut Nor Sakinah, mereka juga sangat akrab dan menghormati antara satu sama lain.
“Saya selaku isteri ketiga tahu batasan masing-masing, begitu juga madu saya yang lain,” katanya.
Madu Nor Sakinah ialah Sukainah Hamzah, 46 (isteri pertama), Laila Ahmad, 43 (isteri kedua) dan Umaimah Abd Majid, 41 (isteri keempat).
Tak Berfaedah ?
Tak berfaedah
Harian Metro , Ahad, 09 Ogos 2009
Shahrizat turut mempersoalkan tujuan penubuhan kelab itu kerana berpendapat tiada faedah ia diwujudkan jika hanya untuk mencari nama dan tiada hala tuju positif.
Beliau berkata, penubuhan kelab seperti itu tidak bersesuaian dengan budaya masyarakat negara ini.
“Amalan berpoligami masih kurang diterima dan mengundang pandangan tidak elok dalam masyarakat, lebih-lebih lagi di kalangan wanita berumah tangga.
“Jelas, ia bukan budaya (berpoligami) yang digalakkan dalam masyarakat kita. Jadi, di mana kewajaran kelab ini ditubuhkan? Banyak perkara boleh dipersoalkan mengenainya,” katanya ketika ditemui pada majlis Jalinan Rakyat di sini, kelmarin.
Shahrizat berkata, jika GISB mahu meneruskan penubuhan kelab itu, ia patut mengikut landasan tepat yang selari dengan peraturan negara dan mengikut ajaran Islam.
“Mereka (GISB) perlu tahu batasnya dan ia patut berlandaskan undang-undang dan syariat Islam. Tidak sewajarnya ia ditubuhkan tanpa mengambil kira perkara itu, apatah lagi membabitkan soal agama.
“Tidak dinafikan, Islam membenarkan amalan poligami, tetapi bersyarat. Yang pasti, ia (penubuhan kelab) bakal mengundang pelbagai persepsi dalam masyarakat,” katanya.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom, berkata tidak salah menubuhkan kelab seperti KPI, namun penganjurnya perlu memastikan pelaksanaan poligami wajib menurut lunas Islam.
Katanya, usaha KPI mempelawa pelacur dan ibu tunggal dan anak dara lewat usia melaksanakan poligami juga bukan perkara pokok kerana yang penting ialah pelaksanaan amalan poligami itu perlu betul.
“Poligami tidak salah dalam Islam, tetapi paling penting ialah individu yang mengamalkannya mampu melaksanakannya atau tidak.
“Islam agama yang adil dan keadilan itu perlu ditegakkan bagi setiap individu, khasnya isteri dalam konteks poligami itu sendiri,” katanya.
Beliau berkata, perkara ini perlu diberi perhatian kerana jika pelaksanaannya salah, keseluruhan agama Islam akan dipandang serong.
“Selain itu, jangan pula berasa bangga diri dengannya (poligami atau penubuhan kelab poligami) kerana ini juga akhirnya akan memburukkan pandangan terhadap Islam.
“Yang penting bukan kelab atau persatuan, tetapi individu yang menyertainya sama ada mampu atau tidak menyesuaikan diri dengan sistem poligami bagi memastikan tidak timbul masalah pada masa depan,” katanya.
Datanglah ke kelab kami untuk berpoligami
Datanglah ke kelab kami untuk berpoligami
Oleh NAZARALI SAERIL dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN
KUALA LUMPUR: “Kita buka tawaran kepada pelacur. Datanglah ke kelab kami untuk berpoligami. Nasib kamu (pelacur) akan jadi sangat indah (jika berpoligami).
“Jika jadi pelacur, belumpun tua, kamu sudah tiada nilai,” kata Penasihat Kelab Poligami Ikhwan (KPI), Hatijah Aam, 54.
KPI dilancarkan secara rasmi minggu lalu dengan matlamat utama ingin ‘menyuburkan’ amalan poligami di kalangan umat Islam negara ini.
Menurut Hatijah yang juga isteri kedua pengasas ajaran Al-Arqam, Ashaari Muhammad, poligami antara jalan keluar untuk golongan berkenaan kembali ke pangkal jalan dan menjalani kehidupan lebih baik.
Ketika ditemui di pejabat Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB), Bandar Country Homes, Rawang, Selangor, Hatijah berkata, jika sudi berpoligami dan menjadi ahli KPI, golongan pelacur akan diberi bantuan dan dipulihkan.
Menurutnya, pelacur antara sasaran KPI untuk diajak berpoligami kerana ia sebahagian usaha memperbetulkan kepincangan masyarakat dan memperjuangkan poligami yang indah serta halal.
“Kita tiada tujuan apa-apa. Kita kasihan dengan nasib masyarakat kita hari ini, semua orang boleh cerita tetapi apa jalan keluarnya,” kata Hatijah.
Beliau berkata, selain pelacur, dua lagi golongan wanita yang turut dialu-alukan menyertai KPI untuk melaksanakan poligami ialah ibu tunggal dan anak dara lewat usia.
KPI kini mempunyai 646 ahli membabitkan 222 suami dan 524 isteri. Ketika ini semua ahli kelab berkenaan adalah anggota GISB.
Menurut Hatijah, KPI turut dibuka kepada masyarakat luar dan beliau mengakui reaksi diterima sangat menggalakkan.
Begitupun, katanya, kelab berkenaan bukan boleh disertai dengan sewenang-wenangnya kerana ada syarat perlu dipatuhi.
“Syarat utama, suami perlu membawa isteri kerana kita tidak buat di belakang isteri (secara rahsia). Wanita semestinya menentang poligami.
“Sebab itu kita akan beri pemahaman berbentuk kursus dan motivasi untuk tempoh tiga bulan sebelum keputusan dibuat tanpa paksaan.
“Yang penting, mereka diberi pemahaman, nanti disiplinnya boleh diikuti dan kerana itu perlu jadi ahli dulu, perlu ikut kursus,” katanya.
Hatijah berkata, satu lagi matlamat penubuhan KPI ialah membantu suami isteri yang bermasalah, terutama dalam usaha melaksanakan poligami.
“Ramai yang ada isteri satu lagi tetapi tidak tahu jalan keluar bagaimana hendak buat isteri pertama terima. Kita beri pemahaman kepada mereka,” katanya.
Hatijah berkata, bagi memastikan tiada yang mengambil kesempatan selain penganiayaan, KPI mempunyai badan pengawasan dan pemantauan.
“Selama ini kami memantau ahli kami. Jika ada yang melakukan perkara tidak betul, kita tentang. Takkan kita hendak biarkan mereka buat perkara tidak betul.
“Kita turut menjaga kebajikan ahli. Contohnya, jika ada ibu kehabisan susu anak, mereka boleh pergi mendapatkannya di kedai milik GISB tanpa bayaran,” katanya sambil memaklumkan, GISB mempunyai 1,000 premis perniagaan di seluruh negara.
Menurut Hatijah, GISB tiada kaitan dengan pergerakan Al-Arqam kerana ia diharamkan dan GISB bermula dari bawah hinggalah kepada apa yang ada sekarang.
“Penubuhan KPI juga bukan bertujuan menambah ahli kami, sebaliknya membantu golongan yang kami sasarkan,” katanya yang tidak menetapkan sasaran untuk jumlah ahli KPI.
Berkaitan tanggapan negatif yang sering dikaitkan dengan poligami, Hatijah berkata, KPI mampu menangkisnya hasil kejayaan ahli GISB melaksanakan poligami, selain dirinya yang berpengalaman bermadu kira-kira 30 tahun.
“Poligami yang kami katakan ini dibuktikan di kalangan kami sendiri, termasuk ahli KPI. Banyak kebaikan sebenarnya yang ada dalam poligami, tetapi ramai yang berprasangka negatif.
“Kerana itu kami jadikan poligami di kalangan kami sebagai bukti. Penubuhan KPI pasti akan mencetuskan kontroversi besar, tetapi kami sudah bersedia dengan jawapan.
“Kami juga sanggup bersemuka dengan sesiapa saja untuk melakukan perbincangan ilmiah,” katanya yang hadir bersama madunya, Noraziah Ibrahim, 51, yang juga isteri ketiga Ashaari serta sebahagian daripada 38 anak serta kira-kira 200 cucu.
Perlu disokong bukan dimusuhi
Perlu disokong bukan dimusuhi
Oleh Zulkiflee Bakar
zulkifli.bakar@utusan.com.my
Utusan Malaysia, ahad 9 ogos 2009
”Yang, abang hendak kahwin lagi satu, boleh tak?” Cuba anda bayangkan apa akan berlaku, jika kata-kata ini dilafazkan oleh seorang suami kepada isterinya. Penulis percaya ‘alamatnya’ berlakulah ‘perang dunia ketiga.’
Namun begitu, salah seorang teman penulis pernah menceritakan bagaimana dia mengendalikan keadaan selepas membuat keputusan berkahwin lagi satu.
”Kau jangan risau, paling lama pun sebulan bini kau tak bercakap dengan kau, lepas tu oklah,” katanya berhujah.
Apa pun kita harus akui bahawa sebahagian besar wanita di dunia ini tidak rela dimadu, mereka akan menganggap wanita yang ingin berkahwin dengan suami mereka sebagai perampas suami orang. Poligami yang dibenarkan oleh Allah seolah-olah dilihat sebagai ancaman kepada kesejahteraan rumahtangga mereka. Mungkin bagi sesetengah wanita, mereka bukannya tidak rela tetapi mereka tahu setakat mana kemampuan suami mereka.
Kalau setiap hujung bulan, baki dalam akaun bank tidak sampai RM1,000, tidak usahlah berangan untuk menambah isteri. Dalam soal ini, penulis bersetuju kerana poligami bukan sekadar satu perkahwinan, memanglah seronok dapat isteri muda atau bak lirik lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, “Kalau isteri tua merajuk balik ke rumah isteri muda, kalau dua-dua merajuk ana kahwin tiga.”
Tetapi jauh daripada itu, ia memerlukan lelaki yang berpoligami bertindak seadil-adilnya kepada isteri-isterinya. Dalam bab keadilan inilah, ramai lelaki yang berpoligami ‘tergelincir’, dari segi hari pun sudah tidak boleh adil kerana dalam seminggu cuma ada tujuh hari sahaja, maknanya salah seorang isteri akan mendapat giliran yang kurang, itu kalau dua isteri, kalau empat isteri, bagaimana?
Namun semua itu bukanlah alasan untuk kita menentang poligami apatah lagi berusaha mengharamkan. Poligami tetap perintah Allah yang layak dilaksanakan oleh mereka yang berkemampuan.
Keburukan
Jangan terlalu taksub melihat amalan itu dari segi keburukan semata-mata atau menjadi pejuang hak wanita yang membuta-tuli. Kenapa perlu hanya mengambil beberapa kes sebagai contoh sedangkan ribuan lagi suami isteri yang hidup dalam amalan poligami mampu bahagia. Sebagai umat Islam, kita harus faham setiap perkara yang dibenarkan oleh Allah pasti ada kebaikannya tetapi yang merosakkan perintah Allah itu adalah manusia sendiri. Poligami tetap harus disokong dan bukannya dimusuhi.
Ketika ramai wanita yang sudah lanjut usia atau lebih popular lagi dengan panggilan ‘andartu’, mereka juga ada naluri, mereka juga ingin berkahwin seperti wanita-wanita lain tetapi bagaimana kalau ditakdirkan mereka jatuh cinta dengan suami orang?
Mungkin terlalu mudah untuk kita mengatakan bahawa ”punya ramai lelaki dalam dunia ini, laki orang juga yang engkau cari”, tetapi cuba fikirkan bagaimana kalau kita berada di tempat wanita tersebut. Apakah ketika itu kita hendak berhujah bahawa ”itu sudah menjadi takdir aku”.
Atas sebab itulah dalam berhadapan dengan apa juga isu termasuklah poligami, kita perlu berfikiran terbuka dan sentiasa menjadikan Allah sebagai tempat kita mendapatkan hidayah. Janganlah bertindak berlandaskan emosi sehingga perkara yang dihalalkan oleh Islam pun kita hendak haramkan. Lebih malang lagi, kalau dalam mempertahankan pendirian itu kita memperalatkan ayat-ayat al-Quran bagi ‘menghalalkan’ hujah kita bagi menentang poligami. Ayat al-Quran tidak harus diambil atau difahami separuh-paruh.
Penulis memperkatakan perkara ini kerana melihat ada sesetengah pihak yang kononnya memperjuangkan hak wanita menentang habis-habisan amalan poligami seolah-olah, kalaulah ia dibenarkan di negara ini, maka musnahlah kehidupan wanita. Atas hujah sebegini, mereka sanggup berkempen supaya umat Islam hanya mengamalkan monogami bukan poligami.
Mereka tidak akan melihat bagaimana poligami boleh dilaksanakan dengan baik oleh lelaki yang berkemampuan zahir dan batin. Mereka tidak mahu mengkaji bagaimana ada lelaki yang berkemampuan itu akhirnya terpaksa berkahwin di negara jiran setelah gagal mendapat izin isteri pertama. Justeru penulis tidak hairan kalau ada di kalangan kaum wanita yang berasa resah gelisah dengan penubuhan Kelab Poligami Ikhwan yang dipelopori oleh bekas ahli Al-Arqam.
Mereka akan cuba mencari hujah bagi memastikan kelab berkenaan tidak berkembang. Mereka pasti melihat penubuhan kelab ini akan menggalakkan lelaki untuk berpoligami. Tetapi persoalannya, sekali lagi kita bertanya kenapakah penubuhan berkenaan dilihat dari segi negatif sahaja? Adalah lebih baik jika matlamat sebenar penubuhannya dikaji secara mendalam.
Kebencian atau perasaan anti poligami tidak harus menggugat pertimbangan kita untuk melihat penubuhan kelab berkenaan dari segi kebaikan. Mungkin lelaki dan wanita yang berpoligami boleh belajar sesuatu daripada kelab tersebut dan ini sudah pasti akan mampu mengelakkan berlaku sebarang penganiayaan kepada mana-mana pihak.
Kesimpulannya, sementara kita menentang sebarang kezaliman kepada wanita yang dimadu, kita juga harus berfikiran terbuka menyokong poligami, jika ia dilakukan dengan cara yang betul.
Kalaulah kita mempunyai sikap itu sudah pasti mereka yang berpoligami akan hidup bahagia bak lirik lagu P. Ramlee dalam filem Madu Tiga, “Kepada isteri tua kanda sayang padamu, kepada isteri muda I say, I love you.”
Membantu keluarga poligami
Membantu keluarga poligami
Oleh Hafizahril Hamid  mingguan@utusan.com.my
Syeikh Fakhrur Razi dan isteri-isterinya bermesra dengan Syeikh Nizamuddin dan isteri-isterinya
APABILA akhbar ini menyiarkan berita tentang penubuhan Kelab Poligami Ikhwan di Sungai Petani pada Ahad lepas pelbagai pandangan serta minat telah diutarakan oleh orang ramai. Kelab berkenaan yang menghimpunkan lelaki dan para isteri yang rela dimadu termasuklah di luar negara seperti Australia, Indonesia dan Thailand turut memberikan khidmat nasihat kepada orang ramai yang ingin memahami tentang amalan itu.
Setakat ini keahlian adalah terdiri dari pekerja di syarikat Global Ikhwan yang sebelum ini lebih dikenali sebagai Al-Arqam dan jika ramai ahli masyarakat yang berminat untuk menyertai kelab ini maka ia akan didaftar mengikut akta pertubuhan. Ahli kelab setakat ini terdiri daripada 300 suami, 300 isteri pertama dan 300 isteri kedua. Maka keahlian kini dianggarkan melebihi 1,200 orang.
Mungkin ramai wanita di luar sana yang bimbang dan kurang senang dengan berita penubuhan kelab ini. Maka untuk memberi ruang dan berlaku adil kepada semua pihak penulis cuba mendapatkan pandangan dari pengasas kelab tersebut Hatijah Aam untuk mengulas mengenai penubuhan kelab poligami ini.
Ketika ditemui di ibu pejabat syarikat Global Ikhwan, di Bandar Country Homes, wanita berusia 54 tahun itu dengan tenang dan konsisten menerangkan apa sebenarnya matlamat penubuhan kelab berkenaan.
Bagi beliau kewujudan kelab ini bukan berniat untuk bermusuh dengan sesiapa dan bukan juga kehadiran mereka untuk mencari populariti.
”Tetapi kami berharap semua pihak faham terutama wanita bahawa poligami ini adalah satu jalan keluar yang yang dibenarkan dalam Islam,” katanya.
Bagi mereka yang berminat, mereka akan diberikan kursus dan pemahaman tentang apa ertinya poligami. Kita perlu faham bahawa poligami bukan dilakukan untuk memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, tetapi ia turut berkait dalam soal mendekatkan diri dengan Tuhan. Itu belum lagi mengambil kira soal kemampuan kewangan, mental, fizikal dan sebagainya.
”Pada awalnya tidak ada rancangan pun untuk buat kelab sehinggalah kami melihat adalah perlu satu alternatif diberikan kepada mereka yang memerlukannya.
”Ini kerana terlalu banyak kes-kes yang mengaibkan berlaku sekarang seperti rogol, sumbang mahram serta tumbuhnya rumah urut pusat pelacuran secara berleluasa. Maka kelab ini ditubuhkan sebagai satu alternatif dan jalan keluar,” katanya.
Menurut Hatijah, jika dilihat masalah yang berlaku sekarang ini telah wujud sejak zaman jahiliah lagi maka Tuhan telah memberikan jalan bagaimana masalah ini dapat dihentikan. Maka apabila Rasulullah dan sahabat mempraktikkan poligami maka ia memberi pilihan kepada sesiapa yang mahu mengikutnya dan tidak ada paksaan dalam perkara ini.
”Maka adalah jelas kenapa orang jahiliah itu tenggelam dengan kejahilan mereka maka Islam sebagai sebuah agama yang lengkap membenarkan poligami. Jika kita melihat keadaan sekarang harus diakui dengan mengamalkan poligami mampu menyelesaikan sedikit sebanyak masalah sosial yang semakin menakutkan sekarang.
”Kegiatan pelacuran dapat dihentikan, masalah seperti sumbang mahram tidak berlaku dan orang ramai terutama lelaki tidak lagi perlu ke rumah urut kerana para isteri- isteri mereka memenuhi tuntutan yang mereka mahukan. Oleh itu, bagi orang Islam mereka mendapat satu jalan keluar kepada masalah sosial ini dan terpulang kepada mereka untuk mempraktikkannya,” kata beliau.
Katanya lagi, kita sering sahaja mendengar tentang masalah antara seorang lelaki yang jatuh cinta kepada wanita lain tetapi pada masa yang sama tetap sayang kepada isterinya. Maka kedengaranlah masalah isteri tidak setuju tetapi lelaki dan wanita berkenaan tidak ada sebarang masalah untuk berkahwin. Maka timbul keadaan di mana semua pihak ini berada dalam dilema.
“Sebenarnya apakah tidak ada penyelesaian kepada masalah sebegini. Sebenarnya ada penyelesaian kepada masalah ini. Kenapa Rasulullah dan sahabat boleh melakukannya dan kita seolah-olah tidak faham dan melihat perkara ini dengan mendalam mesti ada sebab kenapa ia dibenarkan,” katanya.
Ujar Hatijah lagi, terlalu banyak faedah yang diperolehi oleh mereka yang berminat menyertai kelab ini kerana kami melakukannya kerana Allah.
“Atas nama Islam, poligami ini ialah perkara yang halal dan indah. Untuk menghalang pihak lelaki daripada melakukan poligami adalah sukar, maka kelab ini adalah jalan terbaik untuk mereka yang memerlukannya.
“Bukanlah niat kami untuk mengajak semua orang menyertainya tetapi ada di antara mereka di luar sana yang memerlukannya dan pihak kami hanya mahu memberi panduan dan jalan untuk mereka,” kata Hatijah.
Dari sudut kekeluargaan pula seorang ayah mempunyai ketokohan kepimpinan dalam keluarga dan jika ahli keluarga ramai maka ia akan membantu meningkatkan ekonomi. Dan itulah yang berlaku di Global Ikhwan di mana anak-anak hasil daripada perkahwinan poligami bertanggungjawab menggerak dan mengurus perniagaan.
Bagi Hatijah kelab itu mahu memperjuangkan poligami sebagai satu jalan keluar kepada masalah yang sering berkait dengan poligami serta masalah- masalah sosial yang berlaku sekarang.
”Selain itu kami bertanggungjawab untuk memberi kefahaman kepada isteri dan wanita bagaimana untuk menerimanya.
“Saya sendiri dan madu saya pun mula-mula dahulu bukannya boleh duduk dekat, tetapi kerana apa yang dilakukan ini untuk Allah maka kami diberikan hidayah untuk berkongsi dan bekerjasama antara satu sama lain.
“Namun saya faham bukan semua setuju tentang poligami namun bagi kami yang telah merasai kemanisannya, semua ini adalah hasil dari pendidikan, ilmu dan pengalaman yang akhirnya membuat kami mengubah tanggapan tentang poligami,” katanya.
Namun beliau berasa hairan kenapa poligami ini yang dibenarkan dalam Islam dianggap sebagai sesuatu yang hina.  ”Kenapa pusat maksiat seperti pelacuran, kelab malam rumah urut boleh dibenarkan beroperasi tetapi kami yang mahu memperjuangkan perkara yang dibenarkan dalam Islam dipandang serong dan tidak diberi laluan.
“Kami hanya mengajak mereka yang mahu mengamalkan poligami dan kami tidak memaksa sesiapa dan kami tidak berniat untuk menyakitkan sesiapa. Insya-Allah kami mengharapkan sokongan dari semua pihak masyarakat dari yang di peringkat atasan hinggalah masyarakat seluruhnya,” ujarnya.
Menurut Hatijah, selepas majlis pelancaran kelab ini di Sungai Petani pada 2 Ogos, pelancaran kelab poligami peringkat Asia dijangka diadakan di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 15 Ogos depan.
”Kepada golongan masyarakat yang merasakan mereka memerlukan poligami, mereka boleh menyertai kelab ini bukan sahaja untuk mengetahui lebih lanjut tetapi mendapatkan nasihat dan pandangan bagaimana bahagianya poligami,” katanya.  Bagi Hatijah, beliau percaya Tuhan bukan berniat jahat dalam membenarkan poligami diamalkan di kalangan umat Islam.
“Kita umpamakan ia seperti sembahyang, ada peraturan, teknik dan cara yang betul untuk mendapat keberkatan. Begitu juga dalam poligami ada caranya dan bukan semua mampu memenuhi tuntutan dan cara betul supaya diberkati,” kata beliau.
Komen
Menurut Hatijah, banyak komen mengatakan tentang poligami, ia diamalkan kerana mengikut sunah nabi tapi dalam perkara lain yang diamalkan nabi kenapa mereka tidak mahu mengikutnya.
”Pihak lelaki yang mahu mengamalkan poligami haruslah terdiri daripada mereka yang bertanggungjawab serta dekat pula dirinya dengan perintah dan arahan Tuhan. Saya juga faham kenapa ada wanita yang rela tidak berkahwin dengan suami orang kerana takut dikatakan merampas suami orang.
”Dalam sejarah pun telah dinyatakan bagaimana Rabiatul Adawiyah menolak pinangan Imam Hassan Al Basri kerana takut terganggu urusan dan amalannya dengan Allah jika beliau berkahwin. Ini adalah satu contoh yang sangat hebat dan mungkin tidak ada lagi mereka yang mampu melakukannya,” kata Hatijah.
Selain itu, beliau juga meminta mereka yang sering melaungkan hasrat dan tindakan memperjuang dan membela nasib wanita agar turut sama membantu usaha kelab poligami.
“Poligami ini bukanlah sesuatu yang keji dan tidak semua wanita yang terlibat dalam poligami tidak bahagia. Malah ramai di antara kami kini menemui kebahagiaan sebenar dalam hidup walaupun mereka ini terlibat dalam poligami dan semua ini berlaku dengan ketentuan Allah disertai usaha dan niat yang murni untuk menegakkan dan mencari keredaan Tuhan,” kata Hatijah mengakhiri bicara.