Keluarga Poligami Ikhwan » Artikel

Salahkah Allah Benarkan Poligami?
Salahkah Allah Benarkan Poligami?

Benarkah Yahudi Kerana Menaja Pelacuran?

Memang lelaki mempunyai keinginan kepada lebih dari seorang wanita, tabiatnya memang demikian. Hebatnya Tuhan Pencipta melakukan penciptaan seagung itu hingga terpaksalah musuh-musuhnya, Yahudi dan Nasrani menganjurkan dan menghalalkan pelacuran dan perzinaan. Sibuklah dan teruklah Women’s Lib menentang poligami dari Tuhan.

Salahkah Tuhan? Apa faedahnya poligami? Relevankah ia dan kenapa wanita diseksa?

Poligami memaksa lelaki mampu berdepan dengan nafsu atau emosi atau cinta dunia wanita. Jika tidak, dia bagaikan terpenjara di neraka rumahnya.

Poligami meminta lelaki bertanggungjawab mengadili semua wanita-wanita yang jadi isterinya. Bagaimana lelaki dapat memenuhi segala keperluan dan keinginan asasi bagi anak-anak dan isteri-isteri adalah suatu kesusahan yang amat sukar bagi mereka.

Tuhan sebenarnya mencabar dan menyakiti lelaki bila dibuatkan berkeinginan dengan lebih dari satu wanita, tapi terpaksa melepasi sesuatu yg mustahil boleh dilaksanakan. Terhinalah mereka jika terpaksa melakukannya di dalam keadaan tidak menepati syarat rukun yang Tuhan tetapkan. Siapa kata suami syok dengan poligami? Bahkan ia lebih menyakitkan dan membebankan daripada apa yang ditanggung oleh wanita. Namun emosi lelaki tidak sedahsyat emosi wanita. Maka perasaan-perasaan sakitnya disembunyikan sedangkan perempuan bising dan riuh-rendah satu dunia. Kalau betullah poligami itu tidak menyakiti lelaki, mengapa hampir semua presiden dan pemimpin-pemimpin di dunia hanya ‘main-main belakang’. Sebenarnya sungguh memalukan, bilamana ramai pemimpin dunia tidak selesai dengan isteri, kalah hanya oleh seorang wanita. Kalau ada empat isteri, habislah kena ratah. Padahal Allah mencabar lelaki seolah-olah dengan berkata: “Engkau kalau tiada masalah, kahwinlah 2 atau 3 atau 4. Tapi kalau ada masalah, cukuplah seorang. Walhal satu isteri pun engkau tak mampu terhadap makhluk yang lemah itu. Engkau ini betul ke pemimpin?”

Kalau saya jadi lelaki, saya akan jawab begini, “Tuhan, kalau begitu, sepatutnya saya tidak boleh kahwin. Tapi naluri saya mewajibkan saya kahwin. Saya mengaku kalah dan saya mahu tanya, apakah jalan keluar untuk saya dan kaum lelaki?

Dibuatkan juga lelaki itu suka anak ramai. Wibawanya seorang ayah dapat lahirkan seramai-ramainya yang semuanya ‘menjadi’ (berwibawa). Tapi kebanyakan anak-anak hari ini jadi musuh kepada emak ayahnya. Tidak pandainya lelaki menyelamatkan anak-anak cukuplah menakutkan bilamana ada peperangan dalam rumah tangga. Lelaki, hebatnya hanya masalahnya tidak sampai diketahui umum tapi hakikatnya mereka lebih bermasalah dari perempuan atau merekalah sebenarnya jadi punca masalah kepada keluarga, masyarakat dan negara. Mereka kehilangan punca atau sumber mendapatkan formula atau jalan keluar untuk selesaikan masalah. Ini disebabkan mereka sudah kehilangan Tuhan. Tuhan sudah tidak ditemui, hilang oleh tipu-daya Yahudi.

Lelaki jahat sebenarnya lebih jahat dari perempuan paling jahat. Ini kerana perempuan umumnya jahat kerana terikut-ikutkan nafsu, bukan dirancang sangat. Kalau rancang pun, tidaklah berstrategi sangat. Sedangkan lelaki kalau jahat adalah bersistem, terancang dan besar-besaran. Ini kerana dirinya tidak terlalu emosional dan mampu kawal diri, lalu sempatlah menyusun gerakan dan strategi untuk mencapai sasaran. Tingginya emosi wanita membuatkan mereka selalu terlajak, menyesal kemudian. Ertinya lelaki lebih teruk nasibnya dari wanita, lebih dipersalahkan dari wanita. Lelaki lebih sukar melaksanakan tugas-tugas dan beban-beban dibanding wanita dengan peranannya.

Kata wanita, mereka hendak menuntut hak-hak mereka. Tahukah mereka kaum wanita, bahawa lelaki lebih patut menuntut hak-hak mereka dari kaum wanita. Mereka sebenarnya lebih kehilngan hak, contohnya:

Mereka terpaksa ikut kata isteri. Kata-kata mereka dipendamkan saja. Ini kerana wanita amat mendesak, mengasak, mengungkit, mengadu-ngadu, membuka aib dan rahsia serta mencanangkan kepada dunia perihal emosi mereka yang terancam. Umumnya lelaki akan mengalah. Tapi, kalaulah ada lelaki jahat yang lepaskan betul geramnya, maka perempuan pun lebih-lebih lagilah melenting-lenting lepaskan geram, tunjukkan perasaan perempuannya dan senang-senang minta cerai bagaikan suaminya tidak pernah berguna apa-apa kepadanya.

Bila lelaki buat juga poligami, merekalah yang jadi kutukan. Perempuan lebih menerima simpati. Lelaki tiada siapa yang simpati walhal penderitaan lelaki tidak dibenarkan berpoligami, siapa pun tidak pernah tanya.

Jangan kata Tuhan tidak adil. Jangan kata pelacuran lebih baik dari poligami. Adilnya Allah jadikan suami pemimpin, wanita hanya pengikut. Suami lebih terseksa sebenarnya tapi perempuan yang lebih mengaku terseksa. Menjadi pengikut pun tidak mampu, betulkah mampu menjadi pemimpin?

Allah adil datangkan Nabi buat contoh poligami yang indah dan harmoni. Untuk zaman ini lihatlah poligami Abuya Ashaari yang begitu hebat dan harmoni. Di Malaysia ini tidak payah bahas lagi poigami “ok ke tak?”. Pergilah ke Rawang, lihatlah bagaimana realiti poligami yang harmoni dan itulah yg dimaksudkan oleh Allah dan Rasul. Jangan tertipu oleh Yahudi yang menghina lelaki dan wanita oleh perzinaan, lebih-lebih lagi jangan terpedaya oleh poligami palsu yang dibuat hanya kerana tuntutan biologi lelaki, walhal Allah menyertakan pakej yang cukup baik untuk poligami.

Wahai saudara se-Islam, Allah dan Rasul terlalu sayangkan kita, masakan kita dibiarkan saja meneruskan kemelut ini. Yakinlah.

Poligami Menjana Kemakmuran Keluarga
Poligami Menjana Kemakmuran Keluarga

Apa kata ahli KPI

Oleh: Fakhrur Razi Asaari

Apabila orang bertanya berapa jumlah isteri dan anak saya, umumnya mereka terkejut dengan jawaban saya. Empat isteri dan 23 anak? Macamana nak bagi makan? Itu respon spontan yang saya rasa wajar dipertanyakan.

Kalau saya bimbang tentang nafkah keluarga ini, mungkin nak kahwin satu pun saya tak berani. Tapi saya nak cerita apa yang sebenarnya berlaku dalam keluarga saya.

1. Saya berpoligami dengan niat kerana Allah dan cita-cita nak buktikan cinta pada Allah dan Rasul. Dari kecil-kecil lagi saya dengar orang mengata poligami itu zalim, punca huru-hara keluarga, dan lain-lain lagi perkara negatif. Atas didikan ayah saya, kenyataan itu saya tak boleh terima. Takkanlah Allah buat syariat yang salah? Takkanlah Rasulullah itu suami yang zalim. Lebih-lebih lagi bila ayah saya berpoligami, saya tak nampak pun sesiapa yang dizalimi oleh sistem poligami ini.

2. Bila saya berkahwin maka saya pastikan semua isteri saya punya cita-cita yang sama dengan saya. Sebab itu saya tak pilih sendiri dan tak bercinta sebelum kahwin, sebab saya tak nak ada kepentingan nafsu selain cita-cita itu. Saya serah pilihan itu pada ayah dan dia yang buat tapisan apakah calon isteri saya bersetuju dengan syarat tersebut.

3. Apabila cita-cita sama maka cara berfikir, berperasaan dan bertindak mudah diselaraskan. Di antaranya, kami semua menerima konsep dan pelaksanaan bahwa bukan suami sahaja boleh dikongsi, tapi kasih sayang,  harta, kemakmuran, anak-anak, tanggungjawab, masalah dll itu boleh dan mesti dikongsi dalam rumahtangga kami.

4. Bila isteri-isteri dan anak-anak boleh diatur maka suami akan dapat beberapa orang yang taat setia dalam semua perkara, termasuklah dalam perniagaan. Ketika saya buat syarikat berupa kilang maka dari rumah saya sahaja sudah ada sekurang-kurangnya 4 orang pengurus yang saya percaya dan setia dengan saya. Ada pengurus: produksi, marketing, pentadbiran/kewangan, dan kebajikan. Suami menjadi pengarah syarikat yang memantau keseluruhan perjalanan syarikat itu khususnya perkara insaniah atau modal insan (human resources), penyelarasan, pengembangan dan menangani masalah-masalah yang tak dapat diselesaikan oleh pengurus, dll.

5. Anak-anak yang besar otomatik menjadi pekerja-pekerja yang taat dan bersungguh-sungguh. Kalau mereka buat salah, saya dapat menegur dan membetulkan kesalahannya tanpa perlu saya bimbang dia akan lari dari saya bekerja di tempat lain, sebab mereka tahu saya sayangkan mereka dan sebaliknya.

Saya hanya mengambil pekerja-pekerja dari luar rumah yang mana perlu sahaja, samada kerana tak cukup atau kerana perlukan kemahiran tertentu yang belum dikuasai oleh ahli keluarga sendiri. Begitupun saya layan mereka seperti anak-anak sendiri.

6. Dengan cara ini banyak penjimatan dalam syarikat. Tak perlu bayar gaji dan elaun yang mahal sebab kami boleh berkongsi rumah, kereta dan lain-lain. Kami bekerja sebagai sebuah keluarga, bukan sebagai majikan dan buruh. Keuntungan, kemakmuran dikongsi bersama. Begitu juga bila ada masalah diselesaikan bersama.

7. Walaubagaimanapun setiap orang akan mendapat habuan sesuai dengan kerajinan, kreatifiti dan kekuatan bergantung dan meminta kepada Tuhan. Perkongsian yang wajib dipersetujui oleh semua pihak adalah pada keperluan yang asas, yang semua orang memang tak boleh elak kena dapatkannya, seperti makan-minum, tempat tinggal, kenderaan, dll. Sedangkan yang bersifat keselesaan dan kemewahan adalah bergantung kepada kemampuan, peranan, tugasan dan kejayaan masing-masing dalam mendapatkan bantuan Allah dalam usahanya. Sebab itulah, saya menggalakkan ahli keluarga saya berlumba-lumba dalam membuat kebaikan dan kemajuan. Yakin bahwa Allah pasti akan membantu hamba-hamba-Nya yang bekerja dan berjuang untuk-Nya. Maka tak hairanlah kalau ada anak saya yang memiliki kereta sendiri, begitu juga isteri-isteri saya, ada yang punya kereta dan rumah sendiri selain kereta dan rumah saya yang boleh dikongsi oleh semua.

8. Hasil dari kerjasama ini, keluarga saya dari masa ke semasa bertambah makmur. Anak-anak pula jadi pandai berdikari. Anak-anak yang sudah berumahtangga buat juga perkara yang sama dalam keluarganya. Akhirnya, kami memiliki syarikat keluarga yang makin lama makin besar dan makmur. Poligami bila dilaksanakan dengan cara Allah dan Rasul benar-benar dapat menjana kemakmuran keluarga.

Mengapa Berpoligami
MENGAPA BERPOLIGAMI

Praktikal poligami dalam Islam disandarkan kepada nas Al Quran dan Sunnah, diantaranya seperti yang terkandung dalam surah An Nisa’ ayat 3 yang bermaksud:

“Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga dan empat, tetapi jika kamu khuatir tidak dapat berlaku adil maka kahwinilah satu sahaja”

Berdasarkan ayat di atas, dapat disimpulkan bahawa Tuhan membuat tawaran kepada kaum lelaki agar mengahwini wanita-wanita sebanyak dua atau tiga atau empat. Pilihan pertama ialah dua. Pilihan kedua ialah 3. Pilihan ketiga ialah 4. Namun Allah berkata, jika kamu bermasalah dalam melakukan keadilan, maka pilihan akhir untuk kamu, selemah-lemahnya pilihan ialah beristeri 1.

Ayat ini sama kedudukannya seperti hadis berikut:

“Barang siapa yang melihat kemungkaran maka cegahlah ia dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu maka cegahlah dengan lisan dan jika kamu tidak mampu, cegahlah dengan hati. Itulah selemah-lemah iman.”

Nas-nas di atas tadi bermaksud bahawa Tuhan memberi pilihan kepada manusia dalam melaksanakan tuntutan syariatnya, diberi kelonggaran dalam mengamalkannya mengikut tahap keimanan masing-masing.

Contohnya seorang guru berkata kepada murid-muridnya:

“Wahai murid-murid sekalian, agar kamu pandai dalam ilmu matematik ini, maka selesaikanlah dua soalan yang saya berikan ini. Lebih baik lagi kalau kamu boleh selesaikan tiga. Tapi kalau kamu tidak mampu maka selesaikan satu saja”

Dari sini kita dapat mengambil kesimpulan bahawa sebenarnya poligami adalah prioriti(keutamaan) dan monogami hanya alternatifnya. Buktinya, di zaman Rasulullah, para Sahabat, salafussoleh dan sekitar 700 tahun selepasnya, majoriti umat menjadikan poligami sebagai tradisi.

Tetapi di zaman ini poligami sangat dipinggirkan, malah sampai dimusuhi dan di takut-takutkan. Dilihat dalam masyarakat hari ini, kaum lelaki pun sangat sedikit yang  bahagia dengan poligami. Mereka terpaksa mengambil risiko tinggi  kerana praktik poligami. n

Mengapa ini terjadi? Di dunia hari ini belum ada lagi pemimpin yang adil. Lelaki yang adil sudah jarang sekali. Kebanyakan lelaki hanya mampu beristeri satu. Bahkan  yang satu itupun dia tidak mampu berlaku adil seperti yang diharapkan. Oleh sebab itu tidak hairanlah kalau rumah tangga monogami pun banyak yang retak dan kacau bilau apalagilah yang berpoligami.

Tetapi mari lihat dengan mata hati tanpa rasa hasad dengki dan berprasangka buruk, bagaimana jika suatu keluarga contoh dapat diwujudkan melalui poligami, maka itulah yang dinamakan syurga dunia. Di dalam sebuah keluarga besar, ayah sebagai ketua keluarga berperanan sebagai pemimpin, manakala empat orang ibu mempunyai peranan masing-masing dalam rumah tangga tersebut. Ada yang berperanan mendidik anak-anak, mengatur urusan rumah tangga, melayani tetamu, menjaga hubungan dengan masyarakat, menjaga disiplin ibadah, menjaga kebersihan, mengurus kewangan rumah tangga, mengurus makan minum dan lain-lain. Anak-anak yang banyak akan terpimpin dan terdidik serta mendapat kasih sayang sepenuhnya dari 4 orang ibunya.

Gabungan dari kesemua inilah yang akan menghasilkan sebuah keluarga besar yang  dapat menjadi role model. Suasana ini juga akan menjadi arena  latihan kepimpinan secara natural bukan saja untuk suami, tetapi juga untuk isteri-isteri dan anak-anak. Ini akan menjadikan poligami sebagai projek besar untuk menghasilkan sebuah masyarakat madani dan empayar Islam.

Tetapi mengapa kehebatan poligami di sudut ini tidak dibesarkan? Mengapa yang dibesar-besarkan hanya contoh-contoh yang gagal? Mengapa yang dibesar-besarkan hanya soal sakitnya nafsu perempuan? Malah berbagai usaha dibuat untuk menentangnya. Sebenarnya semenjak kejatuhan empayar Islam 700 tahun yang lalu, Barat memperkenalkan satu perjuangan kaum wanita menuntut hak-hak peribadi mereka. Itulah women’s liberation atau hak asasi wanita. Diantara yang paling ditentang ialah poligami. Hingga kini gerakan itu sangat berjaya. Semua wanita begitu ‘berkuasa’ tanpa mempedulikan lagi peraturan Tuhan terhadap mereka. Lelaki pun ikut dalam berjuang menentang poligami kerana tunduk kepada wanita.

Hari ini siapa berpoligami dianggap asing, jijik dan kolot. Seolah-olah poligami tidak ada dalam Islam atau suatu praktik yang terpinggir. Padahal sebenarnya sistem keluarga besar ini adalah suatu kekuatan dalam masyarakat dan negara Islam. Mempraktikkannya dengan baik dan berjaya adalah suatu kehebatan, kedaulatan dan kekuasaan. Musuh-musuh Islam sangat mengetahui hal ini. Sebab itu mereka sangat memperjuangkan agar poligami berkubur.

Marilah kita lihat bagaimana berjayanya Rasulullah dalam berpoligami. Baginda dapat memimpin sebelas orang isteri yang terdiri dari wanita-wanita dari latar belakang yang berbeza-beza, dari etnik atau kabilah yang berbeza-beza, tapi mereka semua tunduk patuh bahkan sangat mendukung perjuangan Rasulullah. Oleh sebab itu kabilah-kabilah Arab akhirnya tunduk dibawah kepimpinan Rasulullah. Seolah-olah orang-orang Arab jahiliah yang terkenal ganas dan panas itu berkata,

’’ Ya Muhammad, kalau beginilah kemampuanmu, dapat menjinakkan 11 wanita, sedangkan aku dengan satu isteri pun susah membuatnya jadi taat, maka engkau memang pemimpin yang hebat. Kami menyerah diri untuk berada dalam kepimpinan dan pemerintahanmu’’

Sebenarnya kalau kita benar-benar jujur dan ikhlas dalam menerima poligami secara Islam kita akan melihat kesempurnaan dan manfaatnya. Manfaat poligami sebenarnya bukan hanya untuk suami tetapi untuk isteri-isteri, anak-anak dan umat manusia seluruhnya. Kalau kita dapat mempraktikkan poligami ini benar-benar mengikut kehendak Tuhan, maka kita akan memiliki satu kekuatan di dunia ini yang orang lain tidak mampu lakukan. Sebab dalam poligami terkumpul kekuatan super power, antaranya:

Kekuatan taqwa

Pengamal-pengamal poligami baik suami, isteri mahupun anak-anak mestilah mengusahakan taqwa kalau mahu keluarga itu bahagia. Iman dan taqwa saja yang boleh mengawal keluarga itu dari segala masalah. Cinta kepada Tuhan akan mendorong setiap anggota keluarga berbuat baik satu sama lain. Takut kepada Tuhan dapat mengawal manusia dari segala kejahatan.

Kekuatan perpaduan

Jika keluarga poligami itu dibangunkan atas dasar cinta dan takut Tuhan maka dengan sendirinya satu sama lain akan bersatu padu. Tidak ada perebutan hal duniawi seperti harta, giliran, kasih sayang suami dan lain-lain, kerana semua anggota keluarga sibuk mengejar cinta dan kasih sayang Tuhan.

Kekuatan keselarasan

Jika hati sudah bersatu maka cara berfikir, cara berperasaan dan cara berbuat akan selaras. Semua anggota keluarga akan berusaha menjadikan keluarga itu bahagia, menjadi role model, menjadi syurga dunia sebelum syurga di Akhirat sana. Hukama ada mengatakan,

’’Kalau di dunia kamu tidak dapat menjadikan keluargamu bahagia bagai syurga, jangan harap kamu akan mencium bau syurga di Akhirat’’

Kekuatan ekonomi atau wang

Keluarga besar yang bersatu padu, bekerja sama dan bergotong royong adalah aset untuk membentuk sebuah family company yang berjaya. Kenyataan di dunia sekarang ini pun menunjukkan bahawa hartawan-hartawan  umumnya adalah dari family company yang berjaya. Bahkan pemimpin-pemimpin negara yang berjaya memimpin keluarganya dapat melagangkan kepimpinannya, kekuasaan dan hartanya hingga turun temurun. Ini menunjukkan bahawa keluarga besar yang berjaya itu adalah aset ekonomi yang besar. Dan poligami adalah cara yang cepat dan tepat untuk membesarkan keluarga secara ’’gentleman’’ dan bertanggungjawab.

Begitulah hhuraian ringkas tentang konsep poligami berdasarkan nas yang Allah sebut dalam Al Quran. Kalau difahami dan dihayati dengan hati yang bersih sebenarnya tidak perlu ada pro dan kontra. Poligami seperti juga ibadah yang lain seperti solat, zakat, puasa, haji, ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan lain-lain adalah suatu yang wajar bahkan keperluan bagi umat Islam. Bahkan kalau dilakukan dengan tepat dapat menjadi kekuatan yang besar untuk mewujudkan negara bahkan empayar Islam yang ’’baldatun toyyibatun wa rabbun ghafur’’ yang diidamkan oleh semua manusia.